Tentang Halangan Bersuara di Malam Nisfu Syaban



Abg memang minat siri ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tak boring macam ceramah PM Najib. Tapi kalau tak faham bahasa terengganu yang amat pekat, kena la bawa translator.Patutnya ustaz Azhar akan berceramah pada malam Nisfu Syaban di UM. Tapi disebakan pihak universiti tak nak ambil risiko dan tak nak menyinggung perasaan mana-mana pihak (seperti yang ditulis dalam notis) maka tak jadi la Ustaz Azhar ni datang. Mula-mula Abg pelik juga kenapa pihak universiti takut Ustaz Azhar ni akan menyinggung perasaan sesiapa. Adakah Ustaz Azhar ni laser macam Azwan Ali? Rupa-rupanya barulah Abg dapat tau bahawa Ustaz Azhar ni orang Pas. Hmphh..patutla.
Memang bodoh bila difikirkan kalau ada sesetengah pihak yang marah kalau ada ulama dan tok guru yang menegur dasar dan keputusan pemimpin negara yang bertentangan dengan Islam dalam ceramah agama yang diadakan di surau.Alasannya tak boleh campur adukkan politik dengan ceramah agama dan tak boleh bawa hal politik ke rumah Allah.Kepala hotak kau tak boleh campur. Kalau Politik dan Islam tak dicampurkan, jadi macam mana Nabi Muhammad dapat menakluk Madinah dan membuat perjanjian dengan masyarakat Madinah, menyatupadukan Muhajirin dan Ansar dan memetrai perjanjian Hudaibiyah.Itupun politik jugak. Bukan UMNO vs PKR aje yang politik.
Hari ini fikiran orang ramai disempitkan dan dikandangkan. Soal agama dan hal ehwal semasa diasingkan. Semua keputusan , dasar dan undang-undang yang dibuat secara terang-terang bertentangan dengan Islam walaupun dalam Islam memang terang-terang ada penerangan tentang hal tersebut.Pemimpin tak boleh dikritik apatah lagi ditegur secara terbuka. Media disekat dan tiada saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin Mana-mana pihak yang nak tunjuk berani, ikut saluran sendiri untuk menyatakan rasa tidak puas hati akan ditangkap tanpa sebab yang kukuh, tak tau didakwa atas akta apa dan tak tau dibawa ke mana malah tak boleh hubungi sesiapa. Kalau dibuat perbandingan, sistem kepimpinan hari ini boleh dikategorikan sebagai dictatorship dan comunisme. Semua laluan bersuara ditutup dan siapa yang nak bersuara akan ditangkap. Tapi tak nampak sangat sebab semuanya dah di-kaverline oleh Utusan dan Media Prime Minister.Macibet.


Ulasan

Catatan Popular