Tentang Syurga Adalah Di bawah Tapak Kaki Ibu.

Oleh kerana pengunjung blog Abg KWSN amat sedikit sekarang akibat kurangnya penulisan anarki, Abg akan menulis setiap karangan abg dalam bentuk point form, dengan harapan pengunjung blog Abg KWSN tidak bosan.

1. Tahukah anda bahawa pada konvokesyen Universiti Malaya bulan Julai ini, tiada Anugerah Dekan Diraja akan diberikan kepada sesiapa pun. Sebabnya adalah tiada seorang pelajar pun yang mencapai PNGK yang ditetapkan. Ini kerana semua kertas peperiksaan akhir semester dinaikkan grafnya untuk meningkatkan ranking UM dalam ranking universiti terbaik dunia. Sebab tu sekarang UM dah kembali ke tangga 32 dalam ranking universiti dunia. A blessing in disguise orang putih cakap.
Soalan : Tahukah anda siapa yang dapat Anugerah Diraja 2 tahun lepas?
Jawapan : Abg KWSN.

2. Semasa menulis karangan ini, telinga abg berdengung akibat duduk terlalu dekat dengan speaker di gig RATATAT.
Trivia : Abg yakin hampir 99% pelajar kursus Ijazah Matematik Statistik tak tau apa itu RATATAT walaupun mereka tahu apa itu Quantum Equilibrium.

3. Tak tau kenapa, tapi walaupun Manchester United kalah pada final Champions League, abg tak rasa kecewa sangat. Kalau orang bahan pun tak memberi kesan apa-apa.

4. Abg memang minat dengan Zee Avi sekarang. Suara dia lebih kurang suara abg versi perempuan. Memang merdu, atau lebih tepat lagi gemersik. Kalau nak dibandingkan antara Yuna dan Zee Avi, pejam mata abg akan pilih Zee Avi.

5. Sekarang abg dah boleh tidur. Tapi ada complication pulak. Ada masalah yang lagi besar dari masalah tak boleh tidur dan ianya memang tak kelakar langsung sebenarnya.

6. Beberapa minggu lepas ibu abg ditemuramah di televisyen.Abg tonton temuramah tersebut bersama pensyarah abg semasa minum di kafeteria kolej. Selepas menonton rancangan temuramah tersebut, pensyarah abg cakap bahawa ibu abg adalah "Supermother". Abg cuma senyum.If only you know her better....

7.
Semalam merupakan hari jadi Abg. Terima kasih kepada semua ucapan.Moga-moga diberkati Tuhan semuanya.

8. Filem Angels & Demon memang bodoh. Kalau dah tonton filem ini sila baca novelnya, kalau dah baca novel jangan pergi tonton filemnya dan kalau dah pun terbeli tiket untuk filem ini, jangan baca sarikatanya. Memang tak memuaskan langsung. Kalau nak pendekkan cerita, kenapa kena tukar babak-babak penting jadi lain ?

9. Amboi boring sungguh pagi ini.Jomlah berhenti setakat ini sahaja.

Tentang Abg Secara Rawak

1. Sekarang Abg mmg banyak kerja. Tapi tak la sampai tiada masa untuk buat itu dan ini. Walaupun Abg banyak kerja, tapi tetap ada masa untuk bersukan dan pillow talk.Heh

2. Pasukan Bola Sepak Kegemaran Abg iaitu Manchester United memang kuat sekarang sampaikan boleh masuk Final Champions League sebanyak dua kali berturut turut dan dapat mempertahankan Piala EPL. Tapi Abg rasa Barcelona lagi kuat. Jadi kalau dua pasukan yang sangat kuat ini bertarung di perlawanan akhir Champions League, Abg rasa Barcelona yang akan menang.

3. Di dalam kesibukan menyiapkan thesis untuk menjadi mahaguru statistik, Abg tengah cuba sedaya upaya untuk menghabiskan bacaan novel Angels & Demons. Memang susah untuk luangkan masa baca buku ni. Jadi Abg telah menetapkan untuk menghabiskan sebanyak 50 muka surat sehari. Jadi berdasarkan kiraan matematik mudah, Abg bakal menghabiskan novel ini dalam masa 12 hari lagi iaitu pada tarikh 19 Mei, 4 hari selepas filem Angel & Demons ditayangkan di pawagam.Oklah tu.

4. Selain meminjam dan membaca di kelas dan di rumah novel Angels & Demons ni, Abg juga dalam seminggu dua ni kerap menghabiskan masa lepas kuliah di Kedai Kopi Kapitalis (KKK) yang terletak tak jauh dari Universiti Abg. KKK ni dekat dengan Kedai Buku, jadi Abg boleh baca novel Angels & Demons secara percuma sambil menikmati minuman di KKK. Pada waktu petang memang ramai perempuan-perempuan cantik dari pejabat-pejabat swasta berdekatan akan minum petang di KKK. Hampir semuanya berseorangan, hanya ditemani komputer riba masing-masing. Abg perasan ada seorang perempuan ni yang tiap-tiap hari akan lepak di KKK, ada satu hari tu Abg dah hampir-hampir nak tegur dia tapi tak jadi sebab tiba-tiba dia dapat panggilan telefon. Gokdeng.!

5. Pada bulan Jun abg akan menjalani pembedahan di bahagian belakang tengkuk untuk mengubati penyakit Abg. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

6. Disebabkan Abg akan dibedah, Abg akan menunda pengajian selama satu semester bagi tujuan penyembuhan. Ini memang mengecewakan kerana abg bercadang untuk menghabiskan pengajian pada hujung tahun ini. Jika matlamat ini tercapai, Abg akan mencipta rekod sebagai pelajar yang paling cepat menghabiskan pengajian untuk kursus ini. Tapi nak buat macam mana. :-(

7. Sejak 2 minggu lepas, banyak keputusan yang salah telah abg buat yang kebanyakannya hampir menggugat perhubungan dan menjejaskan reputasi. Jadi untuk membaiki keadaan ini, abg berazam untuk berfikir dahulu sebelum bertindak.

8. Disebabkan kehidupan Abg sekarang hanya berkisar tentang nombor, graf dan formula statistik, tiada apa yang menarik untuk ditulis di blog ini. Lainlah kalau abg ni penyajak. Terima kasih kerana membaca dan Selamat Maju Jaya.

Bye,