Tentang Mari Memajukan Filem Tempatan
Abang bukan orang yang arif tentang filem,tapi abang boleh bezakan filem mana yang bagus dan patut ditonton dan yang mana patut dibeli CD cetak rompak lalu dibaling ke muka pengarahnya. Memang susah nak bandingkan filem tempatan dengan antarabangsa kerana semua benda tentang penerbitan filem adalah bergantung pada bajet.Tapi banyak yang boleh diperbaiki untuk filem yang mempunyai bajet yang rendah jika ia dibuat dengan teliti. Bagi abangfilem yang berkualiti adalah filem yang meninggalkan kesan pada diri kita dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup kita, buruk atau baik itu terpulang.
Di sini abang ingin catatkan pandangan abang tentang cara meningkatkan kualiti filem melayu :
1. Jalan Cerita Yang Kuat
Tolong la keluar dari cerita cinta yang happily-ever-after atau lawak bodoh atau cerita sedih menangis, meraung dan melalak tak henti-henti sampai habis filem.Tolong buat (atau kalau tak tau buat,adapt dari novel) cerita yang ending-nya unpredictable .Tolong la bagi Erra Fazira sesuatu yang lain,selain asyik jadi awek cun yang dipeluk, ditendang dan dipeluk semula oleh hero-hero yang di-rotate berulang kali.Buat la cerita Salina,dan bagi Erra jadi Salina.Dan tolong la berhenti buat cerita konflik keluarga melayu yang kaya raya. Di Malaysia ni, orang miskin pun ramai jugak.
2 Watak
Tolong matikan watak yang tak realistik yang menjadi sumber fantasi dan punca kegagalan remaja melayu luar bandar. Contohnya seorang pelajar universiti yang baru lepas convocation dan pada keesokan harinya terus boleh pakai kereta BMW ataupun terus boleh ganti tempat ayahnya (yang semestinya Dato') untuk jadi CEO untuk sebuah syarikat yang mesti beribu pejabat di bangunan yang lebih 30 tingkat dan mempunyai bilik pejabat sendiri beserta setiausaha yang kerjanya mengambil fail.
atau
sebuah keluarga melayu yang kaya raya yang menetap di rumah Dato Yusof Haslam yang selalu sarapan bersama yang terdiri daripada :
3. Skrip
Tak wujud manusia dalam dunia ini yang akan gunakan dialog ini sebagai pick-up line
"Sebenarnya,aku dah lama menyimpan perasaan terhadap kau, cuma kau yang tak tahu"
manusia yang waras juga tak akan gunakan skrip begini kalau marah dengan kekasihnya
"Ooh, kau fikir dengan wang ringgit kau boleh beli harga diri aku? tak semudah itu farouk!! "
Tolong jadi realistik, tiada manusia yang bercakap menggunakan bahasa kamus dewan untuk perbualan harian.Sila buat research sekali lagi tentang bagaimana orang biasa bercakap dan bukan bagaimana seorang makhuk asing dari planet Dato' Yusof Haslam bercakap.
Kalau nak gunakan skrip yang ada loghat negeri pula, tolong buat elok-elok.Kalau tak tau cakap utara jangan pandai-pandai buat loghat sendiri.Meluat sampai nak muntah abang tengok.
4. Logik dan tak stereotype
Tolong logikkan cerita walaupun buat cerita fantasi.Tolong fahamkan penonton dengan penerangan di sepanjang cerita. Cerita serigala jadian pun boleh jadi logik kalau diolah dan dibuat research. Dan jangan stereotype dalam membuat jalan cerita. Cerita cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan,cerita sedih tak semestinya kena semua orang mati. Pelacur tak semestinya akan mati sebab HIV dan Imam tak semestinya tak boleh jadi pedophile. Bina la jalan cerita dengan tersusun dengan pelakon-pelakon yang berkaliber, jangan sumbat 12 pelajar akademi fantasia sekadar nak dapat box-office.
5. Aspek Teknikal
Kualiti Gambar.Filem-filem tempatan (kecuali beberapa filem tahun 2007-2008 ini) kebanyakannya semua mempunyai kualiti gambar yang gelap, malap dan meresahkan penonton.Memang boleh membunuh mood penonton yang sudah sedia terbunuh dek kerana watak-watak dan jalan cerita bodoh.
Synchronization. Filem-filem tempatan juga selalunya akan ada masalah synchronization antara mulut pelakon dengan skrip, mesti tak sekali jalan.Mesti mulut cakap benda lain,tapi kita dengar benda lain.Macam filem alih suara telenovela, memang boleh membunuh mood.
Watak tambahan, memang penting untuk membuatkan jalan cerita lebih smooth dan berkesan.Jangan la ambil En.Kayu bin Besi saja untuk jadi extra.
Poster, di Malaysia maksud poster filem adalah - sebuah kolaj yang bakal menempatkan kesemua muka watak utama dan tambahan dalam keadaan paling spastik/sedih (bergantung pada jenis filem) Buat la cantik-cantik sikit.tapi jangan tiru orang lain punya pulak.Kalau nak tiru jugak, kaverline la sikit.
6. Plagiat/Ciplak
Zaman sekarang bukan masa yang sesuai untuk bodohkan orang dengan meniru bulat-bulat cerita luar.Sekarang ada internet dan orang boleh download walaupun filem dari Mongolia tahun 1950 sekalipun. Walaupun cuma meniru poster, pembawakan watak dan dialog dan bukannya keseluruhan jalan cerita, expectation kepada filem itu akan menurun dengan teruk.Penonton yang bijak tak akan tertipu kalau kamu buat cerita betul-betul berkonsepkan hindustan walaupun yang berlakon adalah Erra Fazira dan bukan Kajol. (baca : kuliah cinta) dan cerita bodoh Mendam Berahi yang orang dungu dari Ulu Tembeling pun boleh tahu tiru cerita Charlies Angel.Kesian Rita Rudaini.
7. Berpijak pada Bumi Nyata
Tolong sedar bahawa dari segi bajet memang kita tak boleh lawan filem antarabangsa,jadi tak payah buat filem aksi atau animasi yang memerlukan bajet yang tinggi kalau tak setaraf dengan filem antarabangsa.Tak guna letupkan bas dan bangunan dan buat animasi cicakman yang memang sengaja diminta untuk dibandingkan dengan spiderman atas nama nak bersaing .Banyak lagi genre filem lain yang boleh dibuat dan kalau dibuat betul-betul boleh bersaing dengan filem antarabangsa.Jangan nak tunjuk kuat dengan benda yang kita tak larat nak angkat.
8. Banyakkan Cerita Tentang Kita bukan ANGAN-ANGAN kita
Salah satu sebab kenapa filem P. Ramlee relevan hingga sekarang adalah kebijaksanaan P. Ramlee menggambarkan keadaan masyarakat ketika itu baik dari segi ekonomi atau gaya hidup.Sebab itu jarang watak P. Ramlee jadi orang kaya kerana itu realitinya pada masa tersebut.Filem tempatan hari ini tidak langsung menggambarakan realiti masyarakat sekarang.Tiada satu pun filem tentang polis yang rasuah ataupun tentang rakyat yang merungut dan menyalahkan kerajaan kerana kesempitan hidup pada hari ini.Generasi akan datang tidak akan dapat gambarkan kehidupan pada masa sekarang melalui filem. Filem tempatan pada hari ini dah dijadikan medium untuk menyebarkan propaganda.
Ada banyak lagi sebenarnya..malas abang nak tulis.Sekarang dah pukul 5.47 pagi 25hb Julai, maknanya dah 2 hari abang tak tidur.Sekian
Yang Minat The Dark Knight,
Abg KWSN

- bapa - ahli perniagaan,Dato/Tan Sri (calon : Jalaludin Hassan)
- ibu - suri rumah, 24 jam pakai anak tudung
- anak lelaki - suka lumba kereta atau motor (calon : Zed Zaidi)
- anak perempuan - pelajar kolej yang riang (calon : pelajar AF)
- orang gaji - Mak Mah atau Mak Jah yang prop-nya hanyalah sebatang penyapu dan sedulang air

abg.
BalasPadamsebab tuh la derang buat filem dan involve dlm dunia2 entertainment bang...
mereka bukan la golongan yg byk berfikir sgt.. lagi abg nak suruh buat research...mmg tak dpt la jekk!!
yg mereka fikir, awek yg berlakon mesti seksi2 dan mereka dpt cuci mata semasa pembikinan filem..
gile panjang.tapi betol beb ko cakapt.tapi yang tiru poster tu baru aku tau beb...gile cheapskate..!!!
BalasPadambagus entry lu bro...
BalasPadamgua setuju dgn pendapat lu bro..
bagi gua,kehebatan sesuatu filem itu ialah bergantung kepada kekuatan jln cerita dan juga seni sinematografinya...
bajet tinggi x semestinya menjanjikan kualiti yg bagus..
kita tgk cerita - cerita dari iran,mongolia, even nepal sekalipun..xde laa pulak gua tgk dorang pakai efek yg melampau - lampau sgt...tp filem dorang best gak
mmm paling gua meluat skali skang ni ialah cerita "congkak"..bodoh gile,cerita hantu pun nak pakai CGI..dah jadi mcm cerita gaban plak gua tgk..hahaha
lupa nak ckp tadi..
BalasPadamjgn kesihatan lu bro..gua tau laa nurse2 kt hospital tu garik2..xkan nak lepak setahun kot kat sane?
hahaha
waa ini betol serius nih."JANGAN TUNJUK KUAT DENGAN BENDA YANG KITA TAK LARAT NAK ANGKAT" macam pernah dengar aje.ahahah..
BalasPadamanyway betol la.prof razak buat cerita macam hampas,balik2 muka sama belakon.sama jugak macam rashid sibir
hanna - memang betol.kalau abang buat filem abang suruh fasha sandha jadi nun.
BalasPadamrizal - mana nak dapat cheap skate weh? hehehe
zakar-ria kwsn - ye.itu baru cerita congkak.cuba tengok cerita jutawan fakir atau sepatutnya jutawan fucker
meen - ko tak pernah dengar quote tu sebelum ni.jangan nak ngade
aku teka je pun nak marah.wahh..sejak2 dah jadi abang ni garang eh!!
BalasPadamreally good stuff..!! respect.couldn't agree more..mmg sini ramai pelaon kayu bin besi, tapi pasal poster tu mmg cilaka.boleh copy 100% cam tu.
BalasPadamtp wei aku musyki, apsal abang?
aku baru tau rizal = rizal tukiman.tapi aku tanak gelak.
BalasPadamtolong pergi mampus pi'e.
BalasPadammeen - nak main teka teki dgr team Sinar Pagi meen.
BalasPadampi'e & rizal - jgn nak gaduh kat sini.kang abang tampar dua2 tak dapat apa.tak tgk brass knuckle abang tu?
amboiii..detail betul tak suka filem melayu,dah la tu.jgn lupa jemput saya nnt ok
BalasPadamlove now and always,akak kwsn..heheh
abg,
BalasPadamape yg abg war-warkan tu benar belaka.sbb tu la pelakon kat malaysia ni banyak tu jek.dan sbb tu la filemnye pun takat tu jek.kesian.
p/s:mana diorang tau buat research.kalau tau takde la filemnya camtu.
sokong abg kawasan 100%
hurm.. abg kwsn, saya ada kemusyikan sikit nak tanya.. sapekah enchik abg kwsn ni ek? saya kenal enchik abg kwsn ni tak? sbb tgk ada link blog saye kat blog enchik abg kwsn yg ensem nih.. anyway, mekasih letak link.. blog ini sgt besh!
BalasPadamSatu lagi abang.
BalasPadamTime breakfast tu, penuh hidangan satu meja macam buffet breakfast kat hotel. Yang wajib ada - air kotak oren dan buah.
p/s: Thanks for having my blog on you blogroll. Will have yours on mine, too :)
hahah..brilliant weh..dialog tu mmg tak boleh blah..aku tgk citer Iskandar yang awie belakon tu mmg ada dialog mcm tu..hahahah
BalasPadamhahah..good writing.
BalasPadamhhahaha..this is sooo funny..
BalasPadamApa nak buat? Masalahnya, kalau dikaji balik, banyak filem-filem yang kena GAM sebab, ideologi yang ditonjolkan dikatakan tak sesuai dengan masyarakat...(dalam erti kata lain, lawan kerajaan ke, isu yang disentuh terlalu sensitif ke...) Sebenarnya, dari tgk filem melayu, aku rasa lagi elok tgk pementasan teater.
BalasPadamAku suka komen yang terbuka macam ni.Sepatutnya Prof Razak seaorang ahli akademik mesti berusaha tingkatkan tahap pemikiran orang melayu. Jangan asyik buat cerita bodoh yg menjumudkan pemikiran dengan cara murahan. Banyak sangat benda yang tak realistik. Mana ada orang nak mengurat anak dara menyamar jadi badut, jadi pondan dan macam macam lagiyang tak logik.Si apek pulak dengan lawak yang stereotaip. Nampak sangat lawak dibuat buat, tak natural langsung
BalasPadam