Tentang Mari Menghapuskan Majalah Mangga

Majalah mangga memang majalah kegemaran orang melayu.Sebab yang utama adalah dalam majalah mangga memang banyak gambar mangga.Bukan mangga aje, kadang-kadang gambar tembikai pun banyak juga.Tapi kalau dibiarkan majalah mangga ni kekal sebagai majalah nombor satu di kalangan orang melayu, memang pemikiran orang melayu akan jadi sebiji macam apa yang wartawan majalah mangga tulis.Kenapa majalah ni patut dihapuskan?

Cover Majalah Yang Memang Macam Haram
Memang dari jauh dah nampak banyak gambar mangga.Memang tak cantik langsung rekabentuk susunan cover majalah ni.Paling wajib ada kalau gambar Siti Nurhaliza, Erra Faira atau Maya Karin pakai tudung.Lepas tu mesti ada sekurang-kurangnya 5 gambar artis dengan buah mangga masing-masing dan gosip terkini yang dihujungnya mesti ada tanda soal.Contohnya "Nabil ada adik angkat?? ", "Kenapa Mawi Pergi Kedai Sorang-Sorang??" , dan "Ifa Raziah Dah Bertunang Dengan Profesor X??". Mungkin tanda soal tu untuk tanak ambil risiko disaman oleh artis yang terlibat.Memang pengecut.

Paling Banyak Iklan-Iklan Pengusaha Industi Kecil dan Sederhana (IKS)Pandai betul pengusaha-pengusaha IKS ni nak jual produk mereka.Pilih majalah mangga pulak.Memang strategi pemasaran yang unggul.Tapi yang bodoh adalah pereka bentuk susunan majalah ni.Apsal kau sumbat semua sekali sampai majalah tu jadi katalog? Patutla nampak tebal,sebab selang satu muka surat mesti ada produk IKS kegemaran orang melayu.Tongkat Ali-lah,ginseng-lah,kopi tok guru-lah,krim pembesar mangga-lah,macam-macam.


Sesi Bergambar di Kolam Renang
Memang dah jadi kemestian dalam setiap keluaran Majalah mangga untuk ada gambar sekumpulan artis baru, gandingan artis baru dan lama, sekumpulan remaja cun atau pemain bola sepak cun kaki bangku untuk beraksi di kolam renang.Yang lelaki mesti ada bulu dada sikit dan yang perempuan mesti tak boleh pakai bikini.Dalam sekumpulan lima orang yang tangkap gambar,mesti ada seorang dua yang dibesarkan gambarnya sebagai tanda dia merupakan yang paling cun.Memang macam haram.Kenapa tak haramkan pulak gambar-gambar macam ni.Kenapa tak ditapis? Sebab yang duduk dalam kolam renang tu Fauziah Ghous dan bukan Pamela Anderson ke? Dua-dua ada mangga.Kenapa kalau gambar Pamela Anderson cepat aje Lembaga Penapisan nak tapis.Tolong la selak sikit majalah mangga tu.Dalam tu lagi banyak unsur negatif punca keruntuhan moral remaja melayu. Jangan asyik nak tapis perkataan fuck di HBO aje.

Artikel Gosip Yang Sangat Bodoh dan Cliché
Memang gosip takde yang pandai.Dah nama pun gosip.Tapi kalau gosip :
"Anak Vanida Imran dah pandai merangkak" ,"Kenapa Jehan Miskin tak suka makan ubat' dan "Nabila nak belajar mengaji?" tak ke boleh membunuh intelektual pembaca.Apekejadahnya semua benda pasal artis nak tulis.Artis cuma penting kalau dia buat kerja dia seperti berlakon atau menyanyi.Itupun kalau buat dengan baik. Kenapa nak sibuk pasal artis yang tak buat apa-apa?
Wartawan-wartawan majalah mangga juga suka tulis artikel-artikel cliché.Contohnya gambar Linda Onn dan Faizal Tahir dalam posisi Kama Sutra dan artikel di sebelah berbunyi "Kami hanya kawan sekerja".Kepala hotak kau la!!

Banyak juga artikel dalam majalan ni tentang luahan kisah cinta artis.Mesti tak sebut nama.Selalunya Mr. X (pornstar kot) atau Si dia aje sebagai pengganti.Mesti ada gambar artis yang tengah cerita dalam keadaan menangis.

Cuba Nak Tunjuk Baik Tapi Tak Kena TempatKononnya cuba nak bekalkan pembaca dengan sedikit ilmu bila baca majalah ni.Kononnya nak imbangkan antara dunia dan akhirat.Untuk capai tujuan ni, editor majalah mangga (yang trangender mungkin?) sumbatlah dua tiga kisah agama dalam majalah ni.Memang bagus.Bila dah baca tentang kisah balasan orang yang zalim di tanah suci, selak muka surat sebelah tengok pulak buah mangga yang masak ranum kepunyaan Julia Ziegler.Amboi..insafnya.Kepala hotak kau la.Tak payah la nak tunjuk baik, prihatin ataupun cuba nak labelkan majalah bodoh kau ni
sebagai majalah berilmu kalau tak kena gayanya.

Medan Artis Baru Yang Tak Pernah Dikenali BergambarMemang ramai gambar artis dalam ni.Dengan nama-nama yang bodoh macam Sha-sha Korea dan Eira Syazira (bukan tiru Erra Fazira,sumpah!!).Tak pernah berlakon atau rakam album pun.Tapi mesti bergambar dulu.Mana tau lepas ni dapat job. Selalunya digandingkan dengan artis lama yang tak terkenal sangat pun.

Medan Wartawan Transgender Menjadi Hero
Seperti yang sedia maklum memang ini tempat mereka jadi hero dan kemukakan pendapat tanpa ada siapa yang dapat menentang. Contohnya Mama J yang konon-nya cerita pengalaman dia bercinta dan dilukai oleh pasangannya.Lepas tu bawa diri ke Mekah dan tulis bahawa dia tak kena apa-apa pun balasan semasa ke Mekah.Tak ke itu satu bentuk tulisan yang rosak akhlak yang sebenarnya lebih dasyhat kesannya daripada sebuah zine black metal?

Medan Sahabat Dari Seberang Berkenalan
Yang ni suka hati dia la.Tak kisah pun sebenarnya.Cuma kelakar pulak rasanya bila ada lagi manusia yang hobinya "berkenalan".

Memang kita kena banyak membaca.Sebenarnya tak kira majalah mangga ataupun majalah Times.Tapi kalau asyik baca majalah hiburan macam majalah mangga pun salah juga.Kena la pilih sikit bahan bacaan.Cubalah lonjakkan majalah-majalah ilmiah dalam carta majalah paling laris.Nampak sikit intelektual orang melayu ni.Sekian

Ulasan

  1. hehehe..benci betul ngan mangga..ada ke gmbr linda onn dlm posisi karma sutra?hahah..karmasutra weh...bukan kama..!!heheheh

    BalasPadam
  2. weh gambar tu mmg aku geli gile ok..hahahah

    BalasPadam
  3. ye aku dah tukar..cepat ko detect typo eh..

    BalasPadam
  4. abg mcm hafal semua section mangga nih bang.
    ekkekeke

    BalasPadam
  5. gila scan semua gambar ke ape ni? heh..gila komitmen!!

    p/s: off topic sket..bila nk discuss tajuk thesis? aku dah hilang no phone

    BalasPadam
  6. gua pernah memperjuangkan perkara ni. tapi sebelum ni tak ada geng. akhirnya gua bertemu geng gua di sini. hapuskan berita2 gampang dari majalah bodoh ini!

    BalasPadam
  7. Kahkahkahkah! Aku pun benci Mangga tapi aku pernah la beli. Wakakaka!

    BalasPadam
  8. FCUK mangga..tak relevan langsung!!!ahahaha..
    nice posting..XD

    BalasPadam
  9. serius nampak tulis blog?? tido dah?

    BalasPadam
  10. Rasannya Mangga keluaran bulan Hari Raya 2008 kalau dibeli dan disimpan dalam plastik kedap udara, boleh jadi barangan yang dicari oleh pengumpul dalam 20 tahun akan datang

    BalasPadam
  11. hey bro...
    abg punye entri mmg bes la..
    tp en..
    musykil sket..
    abg ni mcm tetiap bulan je bali mag nieh...
    bleh aje tau sume cite2 die..
    seap bleh letak skali article2 tuh..
    ke abg ni mmg minat mag nie.. mcm tetiap bulan je beli mag nieh...

    hehehehheehehhe.....
    jgn marah okeyh..
    saye ni ade blog tp x ghajin lew nak mengupdate..
    tp kalo abg2 nak kasi ape2 komen..
    emel saye sajek..
    helmijohari@yahoo.com
    ;)

    *jgn mrh.. ni sekadar pendapat saye...

    BalasPadam
  12. abg tak beli..kadang2 curi2 tengok kat kedai majalah utk buat research..heheheh

    BalasPadam
  13. eceh.. pandai cover nampak..
    xpe.. xpe..
    kepap da gud work bro...
    ;)

    *helmi

    BalasPadam
  14. benci tahap gaban kat mjalah MANGGA....
    cover diorang tiap2 kali artis cun pkai seksi...
    dah la make up tebal tk sangga....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular