Tentang Betapa Pentingnya Ilmu Statistik dalam Dewan Rakyat



Berapa kalikah Yang Dipertua Speaker Dewan menyebut perkataan Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat semasa Y.A.B Menteri Kewangan berhujah?

Jawapan : 109 kali.

Apa ni Dato Seri?



bila nak ambil alih kerajaan ni? takkan tak jadi kot? buat penat aje menaruh harapan.eceh.Lepas pilihanraya pulak?hmphhhh..

p/s : hari ni abg ada dengar satu lawak yang boleh tahan kelakar dan boleh tahan dewasa.

Kalau Mr. Joystick masuk Islam, apakah nama yang sesuai untuk beliau ?

Jawapan : En. Zakaria.

Tentang Bukan Berkira,Tapi Mengira

Ye.Kenapa banyak sangat?RM10,000 untuk 9 bulan.Kalau simpan boleh buat pinang Fauziah Ghous kot.

Tentang Mari Menghapuskan Majalah Mangga

Majalah mangga memang majalah kegemaran orang melayu.Sebab yang utama adalah dalam majalah mangga memang banyak gambar mangga.Bukan mangga aje, kadang-kadang gambar tembikai pun banyak juga.Tapi kalau dibiarkan majalah mangga ni kekal sebagai majalah nombor satu di kalangan orang melayu, memang pemikiran orang melayu akan jadi sebiji macam apa yang wartawan majalah mangga tulis.Kenapa majalah ni patut dihapuskan?

Cover Majalah Yang Memang Macam Haram
Memang dari jauh dah nampak banyak gambar mangga.Memang tak cantik langsung rekabentuk susunan cover majalah ni.Paling wajib ada kalau gambar Siti Nurhaliza, Erra Faira atau Maya Karin pakai tudung.Lepas tu mesti ada sekurang-kurangnya 5 gambar artis dengan buah mangga masing-masing dan gosip terkini yang dihujungnya mesti ada tanda soal.Contohnya "Nabil ada adik angkat?? ", "Kenapa Mawi Pergi Kedai Sorang-Sorang??" , dan "Ifa Raziah Dah Bertunang Dengan Profesor X??". Mungkin tanda soal tu untuk tanak ambil risiko disaman oleh artis yang terlibat.Memang pengecut.

Paling Banyak Iklan-Iklan Pengusaha Industi Kecil dan Sederhana (IKS)Pandai betul pengusaha-pengusaha IKS ni nak jual produk mereka.Pilih majalah mangga pulak.Memang strategi pemasaran yang unggul.Tapi yang bodoh adalah pereka bentuk susunan majalah ni.Apsal kau sumbat semua sekali sampai majalah tu jadi katalog? Patutla nampak tebal,sebab selang satu muka surat mesti ada produk IKS kegemaran orang melayu.Tongkat Ali-lah,ginseng-lah,kopi tok guru-lah,krim pembesar mangga-lah,macam-macam.


Sesi Bergambar di Kolam Renang
Memang dah jadi kemestian dalam setiap keluaran Majalah mangga untuk ada gambar sekumpulan artis baru, gandingan artis baru dan lama, sekumpulan remaja cun atau pemain bola sepak cun kaki bangku untuk beraksi di kolam renang.Yang lelaki mesti ada bulu dada sikit dan yang perempuan mesti tak boleh pakai bikini.Dalam sekumpulan lima orang yang tangkap gambar,mesti ada seorang dua yang dibesarkan gambarnya sebagai tanda dia merupakan yang paling cun.Memang macam haram.Kenapa tak haramkan pulak gambar-gambar macam ni.Kenapa tak ditapis? Sebab yang duduk dalam kolam renang tu Fauziah Ghous dan bukan Pamela Anderson ke? Dua-dua ada mangga.Kenapa kalau gambar Pamela Anderson cepat aje Lembaga Penapisan nak tapis.Tolong la selak sikit majalah mangga tu.Dalam tu lagi banyak unsur negatif punca keruntuhan moral remaja melayu. Jangan asyik nak tapis perkataan fuck di HBO aje.

Artikel Gosip Yang Sangat Bodoh dan Cliché
Memang gosip takde yang pandai.Dah nama pun gosip.Tapi kalau gosip :
"Anak Vanida Imran dah pandai merangkak" ,"Kenapa Jehan Miskin tak suka makan ubat' dan "Nabila nak belajar mengaji?" tak ke boleh membunuh intelektual pembaca.Apekejadahnya semua benda pasal artis nak tulis.Artis cuma penting kalau dia buat kerja dia seperti berlakon atau menyanyi.Itupun kalau buat dengan baik. Kenapa nak sibuk pasal artis yang tak buat apa-apa?
Wartawan-wartawan majalah mangga juga suka tulis artikel-artikel cliché.Contohnya gambar Linda Onn dan Faizal Tahir dalam posisi Kama Sutra dan artikel di sebelah berbunyi "Kami hanya kawan sekerja".Kepala hotak kau la!!

Banyak juga artikel dalam majalan ni tentang luahan kisah cinta artis.Mesti tak sebut nama.Selalunya Mr. X (pornstar kot) atau Si dia aje sebagai pengganti.Mesti ada gambar artis yang tengah cerita dalam keadaan menangis.

Cuba Nak Tunjuk Baik Tapi Tak Kena TempatKononnya cuba nak bekalkan pembaca dengan sedikit ilmu bila baca majalah ni.Kononnya nak imbangkan antara dunia dan akhirat.Untuk capai tujuan ni, editor majalah mangga (yang trangender mungkin?) sumbatlah dua tiga kisah agama dalam majalah ni.Memang bagus.Bila dah baca tentang kisah balasan orang yang zalim di tanah suci, selak muka surat sebelah tengok pulak buah mangga yang masak ranum kepunyaan Julia Ziegler.Amboi..insafnya.Kepala hotak kau la.Tak payah la nak tunjuk baik, prihatin ataupun cuba nak labelkan majalah bodoh kau ni
sebagai majalah berilmu kalau tak kena gayanya.

Medan Artis Baru Yang Tak Pernah Dikenali BergambarMemang ramai gambar artis dalam ni.Dengan nama-nama yang bodoh macam Sha-sha Korea dan Eira Syazira (bukan tiru Erra Fazira,sumpah!!).Tak pernah berlakon atau rakam album pun.Tapi mesti bergambar dulu.Mana tau lepas ni dapat job. Selalunya digandingkan dengan artis lama yang tak terkenal sangat pun.

Medan Wartawan Transgender Menjadi Hero
Seperti yang sedia maklum memang ini tempat mereka jadi hero dan kemukakan pendapat tanpa ada siapa yang dapat menentang. Contohnya Mama J yang konon-nya cerita pengalaman dia bercinta dan dilukai oleh pasangannya.Lepas tu bawa diri ke Mekah dan tulis bahawa dia tak kena apa-apa pun balasan semasa ke Mekah.Tak ke itu satu bentuk tulisan yang rosak akhlak yang sebenarnya lebih dasyhat kesannya daripada sebuah zine black metal?

Medan Sahabat Dari Seberang Berkenalan
Yang ni suka hati dia la.Tak kisah pun sebenarnya.Cuma kelakar pulak rasanya bila ada lagi manusia yang hobinya "berkenalan".

Memang kita kena banyak membaca.Sebenarnya tak kira majalah mangga ataupun majalah Times.Tapi kalau asyik baca majalah hiburan macam majalah mangga pun salah juga.Kena la pilih sikit bahan bacaan.Cubalah lonjakkan majalah-majalah ilmiah dalam carta majalah paling laris.Nampak sikit intelektual orang melayu ni.Sekian

Tentang Pengkid Yang Amat Dibenci



Tengok video ni.Kepada yang malas, video ni menunjukkan sekumpulan pengkid yang sememangnya tidak dianugerahkan tuhan dengan akal fikiran yang memprotes menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid.Dan sambil bawa sepanduk yang bertulis "LAWAN SEMUA FATWA MENINDAS PEREMPUAN" sekawan pengkid ni menjerit "SHORT HAIR WHO CARE STUPID FATWA EVERYWHERE".
Bagi abg, protes tunjuk perasaan ni lagi berbau perkauman dari protes Hindraf.Ini dah bukan masalah perkauman,tapi agama.Walaupun pengkid dan hindraf datang dari keturunan bodoh yang sama, perjuangan yang dibawa oleh pengkid ini memang terang-terang menentang fatwa yang merupakan pandangan ulama Islam.Kebodohan pengkid ni memang di tahap tertinggi kerana kebanyakan yang protes bukan beragama Islam.Yang nampak dalam video ni lah.Yang tak nampak, kalau ada yang Islam tak tau lah.Bodoh punya pengkid.Tak tau ke fatwa tu bukan untuk kamu wahai si pengkid kafir? kalau dah nama fatwa tu tentulah untuk orang Islam.Dan siapa yang larang kamu pegi potong rambut pendek dan pakai seluar? eiiiii..bodoh sampai kalau jumpa pengkid abg nak tunjal-tunjal sampai meninggal.
Protes macam ni lah yang patutnya FRU dan Polis datang bawa gas pemedih mata dan water cannon.Ni tak, kalau orang buat kat masjid bukan main suka nak tembak-tembak dengan air.Protes ni dianjurkan bersama oleh pengkid-pengkid dari Food not Bomb yang merupakan golongan terlebih pandai yang tak tengok cermin dulu sebelum pegi demonstrasi.Memang super bodoh.

Tentang Kejadian Lepas Sembahyang Jumaat

Jadi lepas sembahyang Jumaat petang tadi abg kena tunggu dulu sebelum balik ke pejabat.Sebabnya ialah kereta abg kena block dengan kereta lain sebab abg parking dalam masjid.Memang tempat parking dalam masjid Saidina Omar dekat Bukit Damansara ni penuh sesak.Ramai orang sembahyang kat sini.Orang dari pejabat kerajaan,pelajar-pelajar kolej dan pakcik-pakcik dari kawasan perumahan elite dekat sini pun ramai.Takpe.Takde hal.Abg bukan rushing pun.Rilek-rilek lepas sembahyang,duduk-duduk tengok orang semua rushing keluar masjid best jugak.Lagipun abg dah makan,tak payah nak berebut lepas ni.So abg berdiri,buat-buat macam orang cari idea dan tengok kereta abg dari jauh.Kalau dah takde orang block abg nak blah la.
Kemudian datang tiga pakcik,baru keluar dari dewan utama masjid agaknya.Keluar, pakai selipar dan mula start nak borak.Betul-betul tepi abg.Pakcik A nampak macam gaya Dato'-Dato'.Pakcik B pun sama.Pakcik C pulak sangat gemuk,tapi nampak jugak macam Dato'.Mereka pun start borak.Memang abg boleh dengar.Bukan jauh pun.Abg nak jugak dengar apa golongan-golongan "Dato" ni borak lepas sembahyang.

Pakcik A "Raja Petra dah released today saya dengar"
Pakcik B "Owh ye,dia yang kes hina Islam hari tu kan?"
Pakcik A & Pakcik C "Ya..ya..ya..dia buat blog yang hina islam tu"
Pakcik C "Teruk politik sekarang,main-main agama"
Pakcik A "Tu la, sekarang politik dengan agama dah campur,susah"
Pakcik C "Itu la..diorang ni tak betul la..kalau nak politik, politik la..jangan nak campur aduk dengan agama"
Pakcik A "Betul, Kalau nak ikut betul, Nabi kita pun tak main politik,100% dakwah ikut cara Islam"
Pakcik B & Pakcik C "Ya tu la dia,hmm..tak tau la sekarang ni.."

Abg dari jauh senyum aje, lepas tu pakcik bertiga tu pun balik lepas sambung borak pasal KWSP, hal anak-anak dan hal keluarga.Pakcik A balik naik motor,Pakcik B naik kereta Kenari dengan Pakcik C.Patutla....
Abg tak tau siapa "Nabi Kita" yang tiga pakcik tu maksudkan.Kalau dia cakap pasal Nabi Muhammad tak berpolitik memang abg pangkah (macam slogan sebuah radio tempatan). Sebabnya adalah Nabi Muhammad juga seperti pemimpin-pemimpin lain yang nak meluaskan agama dan jajahan, kena berpolitik.Cuma politik zaman arab jahiliyah 1400 tahun dahulu memang la tak sama dengan politik sekarang, zaman Barrack Obama dan K.J.Politik wujud sejak zaman sebelum Nabi Muhammad dilahirkan lagi.Kerana untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa di kalangan set sosial masing-masing,politik harus ada.Politik yang sebenar juga bagi abg adalah cara seorang pemimpin mengetengahkan idea untuk membantu masyarakat melalui kumpulan atau parti politik yang dibawanya.Contohnya dalam kes Nabi Muhammad,Islam boleh dianggap sebagai parti politik baginda.Jadi, untuk mendapatkan kepercayaan rakyat Madinah yang pada ketika itu pekat dengan ajaran nenek moyang mereka (yang boleh juga dianggap sebagai parti politik mereka) baginda harus meyakinkan rakyat Madinah dengan menerangkan tentang kehebatan Islam dan apa yang boleh Islam tawarkan untuk membantu Madinah dan rakyatnya.Itulah bagi abg politik yang sebenar.Yang bersih dan beretika.Tak macam sekarang.Macam haram.Sekian.

Tentang Cara Berfikir Yang Sangat Melayu

Lepas pilihanraya umum bulan Mac hari tu, orang melayu dan hak orang melayu banyak dipertikaikan.Biasalah,orang melayu bila diancam untuk disamaratakan haknya akan mula keluar keris, mula kena rasuk dengan semangat Hang Tuah dan akan buat demonstrasi dan bawa sepanduk untuk protes. Semua nak mengaku melayu tulen sekarang. Memang betul hak tetap hak. Perjanjian yang dibuat semasa pembentukan Malaysia mesti dipegang.Tetapi sampai bila hak dan keistimewaan ini boleh dipertahankan? Dan kenapa ia mesti dipertahankan? Kalau dimansuhkan hak ini, apa akan jadi?

Bagi abg, perkara-perkara dalam artikel 153 inilah yang menjadi punca kelemahan dan ketiadaan daya saing orang melayu di Malaysia.Pada pendapat abg, hak istimewa orang melayu dalam artikel 153 ini bolehlah dibandingkan seperti suntikan botox kepada seorang artis wanita (atau seorang ahli politik lelaki) yang ingin mukanya nampak cantik.Memang selepas disuntik akan berhasil. Memang cantik dan memang cepat hasilnya.Tapi kejayaan artis wanita mencantikkan wajahnya akan dibayangi oleh sindiran dan pertanyaan yang mempersoalkan hasil kecantikannya yang dicapai dalam masa yang singkat dengan kesan yang mendadak.Artis-artis wanita yang lain yang menggunakan cara tradisional turun temurun seperti makan tempé tentunya tidak puas hati dengan cara artis wanita tersebut yang menyuntik mukanya.Dan untuk nampak cantik, suntikan harus dilakukan secara berterusan kerana muka artis wanita itu bukan semulajadi cantik.Setiap hari harus disuntik sehinggakan akhirnya memang ternyata nampak benar bahawa kecantikan artis wanita itu hanyalah dibantu oleh suntikan.Maka, walau bagaimana cantik sekalipun muka artis wanita itu,kecantikannya tidak akan dikagumi oleh artis-artis wanita yang lain.
Jadi, untuk kekal cantik dan langsing sila makan tempé,jangan cucuk botox.Dan untuk berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan jangan harapkan keistimewaan orang melayu yang diberikan kerajaan ,harapkan diri sendiri,percaya kepada kekuatan dan kebolehan diri sendiri dan berusaha sedaya upaya.Sekian.

p/s : entri ini ditulis untuk membuang sedikit masa sementara menunggu rancangan The Amazing Race Asia bermula.