Tentang Azam Tahun Baru Cina Abg

Abg sekarang berada di Terengganu,menghadiri majlis perkahwinan sepupu terdekat dan membuat percubaan yang entah kali ke berapa untuk menyatupadukan kembali keluarga. Harap-harap berjaya.Amin.

Tentang Kalau Bodoh Jangan Mengada-Ngada Nak Bagi Ucapan

Abg memang sibuk sekarang.Siang belajar malam pulak mengajar.Berkejar-kejar dari Petaling Jaya ke Damansara tiap-tiap hari memang penat.Selamat ada jentera baru berkuasa V6 yang banyak membantu abg.Jadi abg akan jarang kemaskini blog yang pembacanya seramai 900,000 orang ni.
Tapi disebabkan hari ini abg ada dengar ucapan paling bodoh dari Ketua Jabatan Perpustakaan Universiti Malaya,abg kena kongsi dengan semua.Ayat paling bodoh dari ucapan si bodoh tu berbunyi begini.

"Berbudi kepada tanah kita akan mendapat hasilnya,
"Berbudi kepada manusia kita akan..err..errr...diselamatkan Tuhan..."


Bodoh punya ketua jabatan, dah la tak buat persediaan nak buat ucapan.Ada hati nak guna peribahasa pulak.
Abg memang benci pada orang yang tak pandai tapi nak tunjuk pandai.Kalau dah bodoh jangan ajak orang lain jadi bodoh jugak.Haishhhh....
Sekian,

Tentang Kenapa Orang Botak Mudah Terhakis Otaknya

Memang betul, kalau kepala botak licin secara semulajadi, otak akan cepat terhakis.Tetapi hanya untuk menteri kabinet sahaja.

Tentang Anak Buah Abang Yang Masih Mencari.(ahaks!)

Sejak akhir-akhir ni anak-anak buah abg ramai yang nampaknya macam terdesak nak cari pasangan hidup.Ramai yang mengadu bosan dan kesunyian dengan kehidupan masing-masing.Semuanya nampak macam putus harapan dan tiada kekuatan untuk hidup.Masalah ini nampaknya semakin meruncing sejak kehadiran tahun baru.
Jadi abang dah buat keputusan untuk membantu mereka dalam pencarian jodoh melalui blog Abg KWSN yang mempunyai jumlah pembaca seramai 900,000 orang.
Siapa yang berminat boleh tinggalkan ulasan di blog ini.Disebabkan anak buah abg semuanya lelaki, jadi diharap hanya pembaca perempuan yang terlibat walaupun abg kurang pasti dengan sexual orientation anak-anak buah abg.
Oh ya! (amboi cliche-nya!) anak buah abg semuanya merupakan lelaki-lelaki berkualiti.Dah la kacak, berkerjaya dan bergaya pula.Sesetengahnya pandai berenang dan kuat bersukan.Tidak terlibat dalam jenayah kolar putih atau biru dan tidak menganggotai kumpulan simbol-tangan-kreatif.Jadi, jangan tunggu lagi.Kalau cuba memang tak rugi.