Tentang Pull & Bear Yang Sepatutnya Jadi Pull & Pig ?

Sneakers ni semua boleh didapati di kedai Pull & Bear di Pavillion. Memang cantik.Tak tipu.Yang lagi best semua kasut ni cantik dan berpatutan harganya.Semua bawah RM200.Tapi malangnya semua kasut ni tak boleh buat raya.Semua buat dengan kulit babi.Semua ada cop "Pig Skin Lining" yang dilekatkan ditempat paling strategik yang paling senang dilihat oleh semua pelanggan sebelum menyentuh kasut ini iaitu di bahagian tapak kasut.Bodoh.Malang sungguh bila masuk kedai ni.Nak beli kasut tak boleh,nak beli seluar pulak saiz Brad Pitt iaitu saiz 36 semua dah habis.Langsung aku ambik keputusan untuk keluar tanpa beli apa-apa setelah dua cubaan memakai seluar jean saiz Yngwie Malmsteen iaitu saiz 34 gagal apabila tersekat dibahagian peha.Amat mendukacitakan dan sia-sia sungguh apabila dengan bersungguh-sungguh memandu dari Damansara dan terpaksa meredah kesesakan jalan raya hanya untuk memegang kasut berkulit babi.Babi.
Tapi takpe,Shoping spree hari raya diselamatkan oleh sepasang kasut adidas yang di-inspirasikan dari seorang pemblog muzik terunggul tanah air.Terima kasih banyak-banyak.Kena dan padan sungguh kasut adidas ni di kaki aku.Tapi yang aku bengang adalah semasa beli seluar di sebuah kedai-seluar-terkenal-untuk-pekerja-yang-berpendapatan sederhana apabila terpaksa tunggu sejam lebih untuk seluar di-alter.Ini semua sebab amoi promoter yang agak bodoh yang tak tahu membezakan antara "above 1 hour" dan "below 1 hour".Bodoh.Terpaksa aku bayar parking RM7 sebab kebodohon penggunaan bahasa ingeris amoi tu.Patutla aku pelik,kenapa alter kaki seluar pun dia kata "above 1 hour" walhal sepatutnya cuma mengambil masa 15 minit.
Dan bila dah habis shoping spree yang tak seberapa itu, jam dah menunjukkan pukul 6 lebih.Kena pegi pulak beli makanan untuk berbuka di bazar ramadhan.Ye lah aku ni orang bujang yang lonely dan unhappy, kena pegi beli sendiri makanan.Takde orang nak masak.Sampai di bazar ramadhan dan pukul 6.50,aku malas nak beli makanan sebab aku tak lapar.Cuma dahaga.Lagipun kekasih tersayang mesti dah beli makanan jugak.Terus aku pergi ke brader yang jual air tebu tu.Selalu aku pergi sana,dia yang bungkus air.Memang cepat dia bungkus.Tak menghampakan pelanggan.Tapi kali ni tiba-tiba ada satu brader lain yang dari jauh dan dekat memang nampak macam brader rempit/rave-pit.Pakai beg sandang kulit,baju polo kolar naik dan bangle silver di tangan.Nampak konfiden dan agak kontrol hensem dengan gaya tersengih.Mana taknya sebelah gerai air tebu adalah gerai nasi campur yang tukang bubuh lauknya adalah awek-awek pakai seluar yoga yang boleh tahan ketat.Walaupun taklah berapa cun bagi aku,tapi bagi brader rempit pembungkus air tebu ni mungkin dah cun habis.Tapi memang body dua orang awek ni agak solid.Pandai betul mak dia yang lepak kat belakang mengeksploitasi anak-anak daranya.
Berbalik kepada pembelian air tebu aku tadi,aku minta dua bungkus.Masa aku datang cuma ada seorang aje yang tengah tunggu.Tiba-tiba ada dua orang datang dengan melulu dan minta 2 bungkus air.Aku rilek aje.Biar aje lah.Walaupun aku sebagai pelanggan yang lebih senior dari mereka berdua mempunyai hak mutlak untuk dapat air tebu aku dulu.Tapi aku biarkan.Lagipun awek nasi campur ni lagi lama tengok lagi solid.Jadi bila sampai giliran mamat dua orang ni,brader yang berkelajuan siput ni pun bungkus air tebu mereka.Dah la lambat,terlupa nak bagi ais pulak.Lepas tu terlupa nak bagi duit balance.Last-last sekali tiba-tiba plastik bocor pulak.Kena bungkus lain.Ulang langkah 10 minit lepas satu-persatu balik dengan kelajuan penyu .Aku mula hangin.Awek nasi campur pun dah tak nampak cun.Bila sampai giliran aku air dalam jag besar pulak habis.Kena tunggu brader belakang tu mesin tebu yang baru.Masa tu dah pukul 7.00.Surau pun dah mengaji-mengaji.Aku dah panas.Bila tebu dah dimesin brader tu pun mulakanlah kerja membungkus dengan berkelajuan umang-umang pulak .Bila dah siap dibungkus aku bayar dengan duit not 50 sebab memang aku takde duit kecik.Dah takde tukar pulak dah.Mula-mula dia kira duit dalam plastik beg dia yang gantung kat payung dengan harapan ada tukar.Dah kira selama 2 minit baru dapat tahu duit tak cukup.Kena pegi tukar dengan makcik nasi campur iaitu mak kepada awek nasi campur.Tukar duit 50 aku jadi duit 10 sebanyak 5 keping.Bila dah dapat semua duit not 10, masalah sekarang adalah nak mengecilkan duit not 10 kepada duit not RM1 supaya dapat bagi duit balance aku iaitu RM44.Dalam kiraan aku, brader tadi terpaksa mengambil masa sebanyak 10 minit untuk membuat kira-kira untuk mengembalikan duit balance aku.Bodoh.Bila dah dapat duit,dapat air tebu, jalan kaki pergi kat kereta, Azan pun berkumandang memandakan masuknya waktu berbuka puasa.Ya, terima kasih kepada brader rempit tersebut,aku 10 minit lewat berbuka hari ni.Damn it.

Banyak betul maki orang,walhal sekarang bulan puasa.Bulan puasa tahun ni memang agak kucar-kacir dan tunggang-langgang.Tak payah ceritalah.Buat rosak mood aje walaupun aku memang takde mood nak raya.
Jadi sempena bulan puasa aku sebagai abg kwsn ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua.Enjoylah beraya dengan keluarga masing-masing.

SELAMAT HARI RAYA.