Tentang Harapan Yang Cerah Untuk Penyatuan Keluarga

Pagi ni,Sabtu 28 Febuari,lepas balik dari latihan badminton memang agak menenangkan. Nampaknya kemungkinan untuk melihat penyatu paduan keluarga abg memang agak cerah.Yang degil nampaknya dah tak degil sangat, jadi bila tak degil boleh dengar sikit cakap orang. Semoga semua yang diharapkan akan berjaya.J-yeah.!!!

Tentang Bukannya Senang Nak Membina Sebuah Kehidupan

(5:17 am,Isnin 16 Febuari 2009,15 minit selepas menonton Slumdog Millionaire,hampir 70 jam tanpa tidur)

Memang betul,untuk membina sebuah kehidupan bukannya senang.Sila tonton Slumdog Milionaire kalau tak percaya.Tak kisahla duduk kat slum atau mana-mana sekalipun, cabaran dan pengorbanan untuk membina sebuah kehidupan memang sama susah untuk semua orang.Memang dah dijadikan tuhan, supaya walaupun seseorang manusia itu dilahirkan bertuah contohnya cantik atau kaya-raya, liku kehidupan untuk individu tersebut berjaya dalam hidupnya pastinya sama susah dengan seorang manusia yang dilahirkan tak sempurna. Tiada manusia yang akan terlepas daripada kesusahan dalam hidup, cuma bila masa kesusahan itu nak datang dan macam mana kesusahan itu dihadapi yang berbeza.Dan dah menjadi lumrah manusia, masa susah baru nak cari Tuhan. Bila masa senang semua nak pergi cari dosa.

Ya, deep,meaningful and crappy sungguh hari ini.

Tentang Betapa Hebatnya Bakal Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6

Dato Najib memang hebat.Pemimpin bertaraf dunia.Tengok la bila kehebatannya sebagai pemimpin bertaraf dunia diuji pada skala yang kecil seperti negeri Perak.

30hb Januari 2009 - Dilantik menjadi pemangku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menggantikan bekas menteri besar,Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak jawatan dengan alasan tak tertanggung dengan beban kerja.

3hb Febuari 2009 - 2 orang ADUN dan EXCO kerajaan negeri letak jawatan dan keluar dari PKR untuk jadi wakil rakyat bebas.

4hb Febuari 2009 - Kerajaan PKR di Perak dibubarkan dan BN boleh tubuhkan kerajaan di Perak sebab ada lebih ADUN di Perak disebabkan oleh perletakan jawatan 2 orang ADUN PKR.












Fuhhhh....impak maksima.
Cuma ambil masa 5 hari untuk jatuhkan kerajaan PKR di Perak.Kacang.