Tentang Abg Secara Rawak

1. Sekarang Abg mmg banyak kerja. Tapi tak la sampai tiada masa untuk buat itu dan ini. Walaupun Abg banyak kerja, tapi tetap ada masa untuk bersukan dan pillow talk.Heh

2. Pasukan Bola Sepak Kegemaran Abg iaitu Manchester United memang kuat sekarang sampaikan boleh masuk Final Champions League sebanyak dua kali berturut turut dan dapat mempertahankan Piala EPL. Tapi Abg rasa Barcelona lagi kuat. Jadi kalau dua pasukan yang sangat kuat ini bertarung di perlawanan akhir Champions League, Abg rasa Barcelona yang akan menang.

3. Di dalam kesibukan menyiapkan thesis untuk menjadi mahaguru statistik, Abg tengah cuba sedaya upaya untuk menghabiskan bacaan novel Angels & Demons. Memang susah untuk luangkan masa baca buku ni. Jadi Abg telah menetapkan untuk menghabiskan sebanyak 50 muka surat sehari. Jadi berdasarkan kiraan matematik mudah, Abg bakal menghabiskan novel ini dalam masa 12 hari lagi iaitu pada tarikh 19 Mei, 4 hari selepas filem Angel & Demons ditayangkan di pawagam.Oklah tu.

4. Selain meminjam dan membaca di kelas dan di rumah novel Angels & Demons ni, Abg juga dalam seminggu dua ni kerap menghabiskan masa lepas kuliah di Kedai Kopi Kapitalis (KKK) yang terletak tak jauh dari Universiti Abg. KKK ni dekat dengan Kedai Buku, jadi Abg boleh baca novel Angels & Demons secara percuma sambil menikmati minuman di KKK. Pada waktu petang memang ramai perempuan-perempuan cantik dari pejabat-pejabat swasta berdekatan akan minum petang di KKK. Hampir semuanya berseorangan, hanya ditemani komputer riba masing-masing. Abg perasan ada seorang perempuan ni yang tiap-tiap hari akan lepak di KKK, ada satu hari tu Abg dah hampir-hampir nak tegur dia tapi tak jadi sebab tiba-tiba dia dapat panggilan telefon. Gokdeng.!

5. Pada bulan Jun abg akan menjalani pembedahan di bahagian belakang tengkuk untuk mengubati penyakit Abg. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

6. Disebabkan Abg akan dibedah, Abg akan menunda pengajian selama satu semester bagi tujuan penyembuhan. Ini memang mengecewakan kerana abg bercadang untuk menghabiskan pengajian pada hujung tahun ini. Jika matlamat ini tercapai, Abg akan mencipta rekod sebagai pelajar yang paling cepat menghabiskan pengajian untuk kursus ini. Tapi nak buat macam mana. :-(

7. Sejak 2 minggu lepas, banyak keputusan yang salah telah abg buat yang kebanyakannya hampir menggugat perhubungan dan menjejaskan reputasi. Jadi untuk membaiki keadaan ini, abg berazam untuk berfikir dahulu sebelum bertindak.

8. Disebabkan kehidupan Abg sekarang hanya berkisar tentang nombor, graf dan formula statistik, tiada apa yang menarik untuk ditulis di blog ini. Lainlah kalau abg ni penyajak. Terima kasih kerana membaca dan Selamat Maju Jaya.

Bye,

Ulasan

Catatan Popular