Tentang PPSMI

Semalam ada satu forum di Universiti Malaya berkenaan PPSMI. Untuk hadirkan diri di forum berkenaan abg ponteng empat kelas sebab forum tersebut berlangsung selama 8 jam. Memang meriah. Panel forum tersebut ada 4 orang. Ketua Pusat Apresiasi Bahasa UM, Dr. Haris Jidin, Ketua MPP UM, dan 2 orang dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Memang gempak habis diorang ni berbincang atau lebih tepat bertengkar. Dr Haris yang abg ingat bengap ni sebenarnya agak bijak jugak. Dr Haris ni sokong PPSMI dan 3 orang panel lain dan hampir 3/4 audience termasuk abg memang tak sokong PPSMI dengan sebab nasionalisme masing-masing.Nak dipendekkan cerita, macam-macam terjadi masa forum ni. Yang paling menarik adalah bila 2 orang panel dari DBP ni tiba-tiba suruh Dr Haris mengucap sebab kononnya dah cakap sesuatu yang boleh jadi murtad.

"mengucap Dr.!!! Mengucap...!! Apa cakap macam ni..!! Mengucap saya kata..!!! Ishhh.."

Memang kelakar. Macam tengok Raja Lawak versi Nabil + Al-Kuliyyah + Sidang Dewan Rakyat. Tapi yang membuatkan forum ni berkesan dan adalah bila Dr Haris ni pada akhir forum macam dah berjaya mempengaruhi 3 orang panel dan hampir separuh audience untuk menerima PPSMI. Macam dalam cerita 12 Angry Men tu, tapi last-last takde la 3 orang tu mengaku yang dia sokong PPSMI, biasalah orang melayu, kalau dah kalah takkan nak mengaku kalah kot.

Tapi memang Dr Haris ada point yang penting tentang kenapa dia sokong PPSMI walaupun dia adalah ketua Pusat Apresiasi Bahasa UM, walaupun nama jabatannya bodoh, tapi Dr Haris tidak.
Antara sebab kenapa dia sokong PPSMI adalah :

1) kita tak boleh bandingkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa jepun, bahasa peranchis dan sepanyol dengan bahasa melayu. Ini kerana bahasa melayu tidak sehebat bahasa-bahasa yang disebutkan tadi. Ini perlu kita sedari.Ini memang terbukti kerana sejak 100 tahun lepas, tiada satu pun penemuan sains atau matematik yang dibuat oleh bangsa melayu apatah lagi menggunakan bahasa melayu.Memang bahasa melayu hebat tetapi hanya pada skala yang kecil yang dinamakan Malaysia.

2) Malaysia, bangsa melayu dan bahasa melayu sedang berkembang dan sedang belajar. Sebagai pelajar kita haru serap semua ilmu yang ada tanpa mengira dalam apa jua bahasa selagi ilmu itu berguna. Ini termasuklah menguasai bahasa inggeris dan mandarin untuk menguasai ilmu orang eropah dan orang cina.

3) Memang bahasa ibunda perlu dipertahankan, perlu diperkayakan dan perlu dibanggakan. Tetapi sains dan matematik terbukti bukan gelanggang yang sesuai untuk pertahankan bahasa melayu.

4) Jangan biarkan sifat nasionalisme dan malaynisme yang bukan-bukan sekat penguasaan ilmu sains dan matematik kerana bukan semua mata pelajaran dibina untuk pengembangan bahasa.

5) Menghantar pelajar-pelajar yang pintar yang menjadi kebanggaan negara untuk belajar di universiti luar negara juga sama konsepnya dengan mengajar pelajar-pelajar tempatan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Jadi apa isunya di sini?


banyak lagi sebenarnya point Dr Haris ni, tapi abg tak ingat. Tapi lepas forum ni, memang abg terfikir jugak. Tak semua benda dalam PPSMI ini salah dan tak semuanya betul juga. Memang susah untuk buat keputusan di peringkat nasional ni, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana jurang kemajuan adalah sangat tinggi.

p/s : dengar kata forum PPSMI lepas ni Tun Dr Mahathir akan dijemput.

Ulasan

Catatan Popular