Tentang Malaysia Yang Hanya Hebat Pada Statistik
Memang betul, segala kehebatan yang diketahui rakyat Malaysia tentang Malaysia hanyalah diperolehi melalui statistik dalam media massa arus perdana. Baik dari segi pertumbuhan ekonomi, keputusan peperiksaan dan kadar jenayah semuanya diukur dengan angka dan graf. Kalau difikir secara logik, mahukah kerajaan yang memimpin sekarang, di tengah-tengah kegawatan politik dan ekonomi, mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi tengah teruk, jenayah pun teruk dan keputusan peperiksaan merosot. Takkan nak tunjuk kelemahan sendiri. Tak mustahil semua statistik ini diubah mengikut apa yang kerajaan mahu rakyat lihat. Memang mustahil kalau pertumbuhan ekonomi meningkat, tapi barang mahal dan pekerja ramai diberhentikan. Lagi satu, tentang keputusan peperiksaan. Tiap-tiap tahun mesti meningkat, tak pernah dalam satu tahun, keputusan SPM merosot. Jangan tipu lah.
p/s : malam ini, 2,500 rakyat Malaysia yang terpilih akan memilih Timbalan Presiden UMNO a.k.a Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Yang mana satu akan menang? Perasuah berjiwa rakyat atau The most hated man in Johor?
Ulasan
Catat Ulasan