Tentang Bukannya Senang Nak Membina Sebuah Kehidupan

(5:17 am,Isnin 16 Febuari 2009,15 minit selepas menonton Slumdog Millionaire,hampir 70 jam tanpa tidur)

Memang betul,untuk membina sebuah kehidupan bukannya senang.Sila tonton Slumdog Milionaire kalau tak percaya.Tak kisahla duduk kat slum atau mana-mana sekalipun, cabaran dan pengorbanan untuk membina sebuah kehidupan memang sama susah untuk semua orang.Memang dah dijadikan tuhan, supaya walaupun seseorang manusia itu dilahirkan bertuah contohnya cantik atau kaya-raya, liku kehidupan untuk individu tersebut berjaya dalam hidupnya pastinya sama susah dengan seorang manusia yang dilahirkan tak sempurna. Tiada manusia yang akan terlepas daripada kesusahan dalam hidup, cuma bila masa kesusahan itu nak datang dan macam mana kesusahan itu dihadapi yang berbeza.Dan dah menjadi lumrah manusia, masa susah baru nak cari Tuhan. Bila masa senang semua nak pergi cari dosa.

Ya, deep,meaningful and crappy sungguh hari ini.

Ulasan

Catatan Popular