Tentang Kenapa Nak Kena Pakai ID Tag Untuk Keluar Makan Tengah Hari ?
Gambar sekadar hiasan
Ye,hari ni, semasa makan tengah hari buat kali terakhir sebagai pengawas peperiksaan, abg jadi pelik.Kenapa semua orang di kedai makanan segera Wendy's kena pakai ID tag untuk makan.Adakah semua orang yang nak makan di sini diwajibkan pakai ID tag,atau ada potongan harga jika berbuat demikian.Abg memang tak suka idea menggantung ID tag di leher semasa atau selepas kerja kerana ianya menggambarkan seperti tengkuk sedang ditambat oleh majikan.Abg tahu ramai yang suka pakai ID tag ni, mungkin sebab nampak segak ala-ala lembu korban.Tak kisahla.Abg pun kena pakai sebenarnya semasa dalam kelas dan pejabat.Tapi bila keluar makan tengah hari memang cepat-cepat abg simpan dalam poket.Banyak entri berkenaan pencapaian sepanjang tahun 2008 yang abg baca di blog-blog lain.Memang semua orang akan merumuskan semua kejayaan dan kegagalan sepanjang tahun pada hujung bulan Disember macam sekarang ni.Bagi abg, tahun 2008 memang banyak benda yang berlaku pada keluarga dan pelajaran dan kesihatan (random-nya!).Semuanya akan di-ingati sampai bila-bila.
Tahun 2009 diharap akan lebih baik.
p/s : Selamat petang abg ucapkan kepada Dr Love O&G yang berada nun jauh di Selatan tanah air yang merupakan pembaca senyap (silent reader) Blog Abg KWSN dengan ucapan supaya dapat kerja di Kuala Lumpur supaya tak payah datang senyap-senyap.
Cis! Dalam rancangan AC Di Sini, Azwan Ali dengan bangga sampai hidung kembang boleh muat rim kereta 15 inci telah menyatakan yang dia mempunyai blog.
BalasPadamBila saya cari blognya, tak jumpa pulak.
adakah dia menipu atau saya yang gagal mencari blognya?!
Apakejadahnya?!
ni blog dia http://silaserazwanali.blogspot.com/
BalasPadam