Tentang Kemudahan : Yang Kalau Disediakan Secara Berlebihan Akan Cuma Membawa Kemudaratan

Memang betul, dalam apa juga keadaan, jika kemudahan diberikan dengan kadar yang melampau, kualiti kejayaan yang akan dicapai selalunya akan menurun.
Manusia akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan akan menjadi lebih produktif jika diletakkan dalam keadaan tekanan dan ketidaksempurnaan.
Jika diletakkan dalam keadaan yang selesa dan sentiasa berada pada zon selamat, manusia akan menjadi malas berusaha dan tidak akan menunjukkan inisiatif yang tinggi untuk berjaya.
Situasi begini dapat dilihat dengan mudah dalam masyarakat melayu di Malaysia yang sentiasa berada dalam zon yang selesa.Tanpa tekanan,tanpa gangguan dan sentiasa diselamatkan oleh kerajaan dari bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
Dari zaman sekolah rendah dan menengah, pelajar melayu memang telah dilatih supaya tidak perlu bekerja keras seperti pelajar bangsa lain untuk mendapat tempat di universiti, tempat di universti memang telah disediakan untuk mereka. Tidak perlu juga untuk memikirkan tentang pembiayaan pengajian kerana semuanya juga telah disediakan.Cuma perlu isi borang,hantar dan tunggu jawapan. Tidak perlu keputusan yang cemerlang sangat untuk sambung ke peringkat diploma atau ijazah.Cukup-cukup makan pun dah bagus. Kalau tak cukup makan pun, boleh minta surat sokongan yang akan diberikan oleh pegawai-pegawai dalam kerajaan,dari pegawai pejabat tanah hinggalah ke Timbalan Perdana Menteri, semuanya akan menyokong kemasukan pelajar melayu ke IPTA.Alasannya,NAK TOLONG BANGSA SENDIRI.
Ya, nak tolong bangsa sendiri memang mulia dan memang digalakkan.Tapi pertolongan yang bagaimana yang harus diberikan? .Adakah dengan menyeludup masuk pelajar-pelajar melayu yang sepatutnya tidak layak ke universiti akan membantu bangsa melayu? Sampai bila orang melayu hendak disuap makan dan minumnya? Sepatutnya pelajar melayu diperingkat sekolah harus diberikan sedikit tekanan untuk mendapat tempat di universiti, berikan pelajar melayu satu pertandingan untuk merebut tempat di universiti, supaya mereka tahu bahawa universiti bukan untuk semua pelajar melayu tetapi ianya adalah untuk orang melayu yang layak sahaja. Dengan ini mereka akan lebih berdaya saing dan akan lebih berusaha untuk menjamin tempat mereka di universiti.
Di universiti pula, jangan hentikan persaingan antara mahasiswa.Jangan jadikan universiti sebagai tempat bersuka ria dan pusat mencari jodoh biayaan kerajaan. Jangan jadikan dana pendidikan sebagai dana untuk bermewah-mewah. Tolong hadkan dana pendidikan kepada mereka yang memerlukan sahaja.Berikan kepada pelajar-pelajar yang berpotensi yang datang dari luar bandar dan yang berpendapatan rendah. Ketatkan syarat pinjaman pendidikan yang disediakan supaya ia disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan bukan diberikan kepada semua pelajar seperti yang dilakukan sekarang.
Salah satu punca kepada tiadanya daya saing antara pelajar melayu di universiti adalah kerana mereka terlalu dimewahkan oleh kerajaan. Duit pinjaman pelajaran yang melimpah ruah pastinya akan disalah guna dan dibazirkan oleh pelajar untuk perkara yang tiada kaitan langsung dengan pengajian yang selalunya akan dimulakan dengan membeli telefon bimbit.
Pelajar di sesetengan IPTA juga tidak perlu duduk sekelas dan bersaing dengan pelajar bangsa asing yang selalunya lebih layak berada di tempat mereka.Tetapi kerana diselamatkan oleh sistem kuota mereka tidak perlu berhempas pulas bersaing dengan pelajar bangsa asing. Sampai bila mereka hendak duduk dalam komuniti berbangsa melayu sahaja sedangkan realitinya mereka akan keluar mencari pekerjaan di bandar-bandar utama di Malaysia yang aktiviti ekonominya dipegang dan dikawal oleh mereka yang bukan berbangsa melayu....,

...mungkin bersambung....

Ulasan

  1. ni mesti pasal budak UiTM ni..hahahah..emo..!

    BalasPadam
  2. haih..100% agree brah.!

    BalasPadam
  3. good write.

    lee'ygtakminjamsesenpunloanblajaKERAjaan' sunlay

    BalasPadam
  4. jgn lepas ni budak2 lepasan uitm tak dapat kerja sudah!

    BalasPadam
  5. perli ke ape ni haaa? aku terasa!! ko pun dpt scholar apeeeee??

    BalasPadam
  6. kalau nak selamat dijaga oleh kerajaan senang je.masuk sekolah rendah kebangsaan-sekolah menengah kebangsaan-IPTA-Kerja Kerajaan-dok kuarters kerajaan
    memang senang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular