Tentang Debat Rakyat

Memang abang tunggu debat antara Dato Seri Anwar Ibrahim dgn Dato Strawberi si Menteri Penerangan dan Penggelapan malam tu.Abang dah lama nak tau apa jawapan kerajaan yang diwakili oleh Dato Strawberi kepada semua persoalan tentang kenaikan harga minyak yang melampau.Untuk Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pulak,abang dah tahu melalui ucapan beliau sebelum ini tentang hasrat Pakatan Rakyat untuk turunkan harga minyak kalau mereka memerintah.Yang berbeza cuma malam tu DSAI umumkan yang untuk langkah awal, beliau akan turunkan 50 sen dengan kadar segera.
Tapi apa yang abang nampak dalam perdebatan malam tu adalah,

1. Masa perdebatan yang pendek,patut bagi la satu setengah jam macam yang dijanjikan sebelum ni,baru la cukup.

2. Dato Strawberi memang bukan lawan DSAI, malam tu dia cuma ungkit sejarah lama DSAI dan cuba nak terangkan kepada rakyat dengan panjang lebar tentang perihal peribadi DSAI sampai berbuih-buih mulut.

3. Cuma DSAI saja yang betul-betul bercakap pasal minyak dan cara bagaimana harga minyak boleh diturunkan sebanyak 50 sen yang hanya memerlukan dana tambahan sebanyak 5 billion.
Penerangan tentang cara nak dapatkan dana tambahan tu dibuat dengan jelas dan terperinci sampai abang yang tak banyak tahu istilah-istilah ekonomi pun boleh faham.

4. Takde satu pun penjelasan dari Dato Strawberi tentang kenapa kerajaan tak boleh turunkan harga minyak untuk membalas kenyataan DSAI tentang kenapa PKR boleh turunkan harga minyak.

5. Banyak perbandingan dan fakta yang diberikan oleh Dato Strawberi bercanggah dengan fakta sebenar.Contohnya, kadar inflasi yang terbaru selepas harga minyak dinaikkan pada bulan Jun adalah 8%, bukan 6%.

6. Dato Strawberi bercakap tentang harga minyak dari sudut pandangan seorang menteri yang mana secara automatik adalah seorang yang kaya.Memang tak akan difahami oleh rakyat yang hari-hari kena berhadapan dengan harga barang yang melambung.

Kesimpulan yang abang rasa boleh dibuat dari debat malam tu adalah,tiada penyelesaian yang dapat dibuat sebenarnya.Debat malam tu cuma untuk menunjukkan konon-nya kerajaan bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada DSAI untuk berdebat.Padahal esoknya (hari Rabu) DSAI dah kena tangkap.Dah la kalah debat,(walaupun dah tau,memang tak akan diakui oleh kerajaan) kena tangkap pulak.Dah la sepatutnya waran tangkap ada nyatakan DSAI diberi masa sampai pukul 2 petang,tapi pukul 1 dah kena tangkap.Konon-nya kereta yang bawa DSAI tu melencong balik rumah bila sepatutnya kena pergi terus ke IPK.

Tapi abang harap-harap Dato Seri Anwar,Dato Seri Wan Azizah dan Nurul Izzah yang abang memang minat diberi perlindungan dan kesihatan dari Allah S.W.T
Amin,


Ulasan

  1. dato strawbery menteri kegelapan bukan penerangan

    BalasPadam
  2. wahai abg kawasan,

    blog baru abg buat saya nak sepak abg..ops silap, buat saya akan trus penulisan abg .
    saya adalah silent-reader abg sejak abg bergelar abg sawan ,dari dulu sampai laa nii laa ..pfft
    cuma saya harap penulisan abg lebih terbuka ,tidak telalu fokus kepada politik , (apa pendapat abg tentang justin timberlake cium kaki david beckham taim Espy 2008 Awards) .. ?

    Sekian,pendapat saya

    Yang abg hutang 30hinggit tak bayaq lagi,
    karim (bukan nama sebenar)

    BalasPadam
  3. ops tertinggal perkataan *menyaport* pada baris tiga dari atas dan sepatutnya perkataan ke-lima selepas perkataan *trus* .

    harap maaf , saya virgo-an

    yang detail,
    karim shark-fin (before known as, karim pin)

    BalasPadam
  4. sukati kau la karim,dah abang nyatakan di entri pertama abang,sukati abang la nak tulis ape pon.abang kan abg kwsn.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular