Tentang Blog Abang

Abang dah padam entri-entri di blog lama abang.Ye lah,sejak naik pangkat jadi "abang" ni, tak boleh la ada blog yang merepek-merepek dan tak matang macam blog dulu.
Sejak abang dah makan geliga lipan,geliga kelapa dan beberapa ekor burung cenderawasih hasil urusniaga abang dengan bro vampirez abang dah jadi kuat semacam.Setakat nak bertumbuk dengan 5-6 orang dewasa saiz sederhana abang memang tak goyang.Tapi abang dah buat keputusan untuk tak nak gunakan kekuatan abang secara fizikal,abang akan tumpukan untuk gunakan kelebihan abang di internet ni.Macam yang abang dah pernah buat dulu.
Jadi untuk blog abang yang serba baru, serba gagah dan otai ni, abang nak bagi tau kamu semua yang abang tidak akan menetapkan sebarang garis panduan dalam penulisan abang.Sukati abang-la (bukan bangla pasal tu kena letak sengkang) nak tulis apa pun,dah blog abang.Nama pun blog abg kwsn.Abang juga tak menghalang kamu semua nak komen apa yang abang tulis,kalau komen baik dan puji-puji abang,abang suka.Kalau komen negatif dan kutuk-kutuk abang,abang ketuk kepala kamu semua.Tapi sebagai pengguna internet yang bertanggungjawab abang harap blog abang tidak akan digunakan untuk menabur fitnah dan memecahbelahkan masyarakat.Sekian terima kasih,

Yang Benar,
Abg Kwsn

Ulasan

  1. macam sial weh..abang kawasan perumahan ke weh..hahaha..lawak

    BalasPadam
  2. ko ni dah kawin/tunang/settle down ke ngan azwa yang dok bahasakan diri "abang" ni..hehehhe

    BalasPadam
  3. abg hafiz,
    saya konsep blog yg baru nih...

    tapi knp KWSN? knp tak KWSP? KWSN stands for what??

    sbg pembaca setia blog abg...saya ingin mengetahui maksud sebenar KWSN nih...


    mengenai soalan abg yg abg ajukan di blog saya tuh.. saya akan jawap bila saya ada masa yer bang..maklom la..kelas dah start.. hehehe

    BalasPadam
  4. rizal - aku abg kwsn perindustrian..ko nak keje aku bole rekemen

    meen - bodo meen kalau aku kawin pun takkan aku nak suruh azwa panggil aku abang,aku bukan adik beradik dia kot

    hanna - KWSN = codename abg,tak boleh ckp bahaya..shhhhh

    BalasPadam
  5. ang abg kwsn mana?
    ooo ang buat main yek!
    siap ang..aku mark blog ang!

    BalasPadam
  6. eleh abg konon...
    panggil abg mahur nanti baru tau!!
    jgn lupe ye abg bawak adik2 kat kosas jalan2 hari minggu nih...adik2 nak beli ticket TOE la..

    love u :)

    BalasPadam
  7. kepala hotak la abg letak nama saya ann si kaca.abg konon..citt poorahh..!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular