Tentang Cara Berfikir Yang Sangat Melayu
Lepas pilihanraya umum bulan Mac hari tu, orang melayu dan hak orang melayu banyak dipertikaikan.Biasalah,orang melayu bila diancam untuk disamaratakan haknya akan mula keluar keris, mula kena rasuk dengan semangat Hang Tuah dan akan buat demonstrasi dan bawa sepanduk untuk protes. Semua nak mengaku melayu tulen sekarang. Memang betul hak tetap hak. Perjanjian yang dibuat semasa pembentukan Malaysia mesti dipegang.Tetapi sampai bila hak dan keistimewaan ini boleh dipertahankan? Dan kenapa ia mesti dipertahankan? Kalau dimansuhkan hak ini, apa akan jadi?
Bagi abg, perkara-perkara dalam artikel 153 inilah yang menjadi punca kelemahan dan ketiadaan daya saing orang melayu di Malaysia.Pada pendapat abg, hak istimewa orang melayu dalam artikel 153 ini bolehlah dibandingkan seperti suntikan botox kepada seorang artis wanita (atau seorang ahli politik lelaki) yang ingin mukanya nampak cantik.Memang selepas disuntik akan berhasil. Memang cantik dan memang cepat hasilnya.Tapi kejayaan artis wanita mencantikkan wajahnya akan dibayangi oleh sindiran dan pertanyaan yang mempersoalkan hasil kecantikannya yang dicapai dalam masa yang singkat dengan kesan yang mendadak.Artis-artis wanita yang lain yang menggunakan cara tradisional turun temurun seperti makan tempé tentunya tidak puas hati dengan cara artis wanita tersebut yang menyuntik mukanya.Dan untuk nampak cantik, suntikan harus dilakukan secara berterusan kerana muka artis wanita itu bukan semulajadi cantik.Setiap hari harus disuntik sehinggakan akhirnya memang ternyata nampak benar bahawa kecantikan artis wanita itu hanyalah dibantu oleh suntikan.Maka, walau bagaimana cantik sekalipun muka artis wanita itu,kecantikannya tidak akan dikagumi oleh artis-artis wanita yang lain.
Jadi, untuk kekal cantik dan langsing sila makan tempé,jangan cucuk botox.Dan untuk berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan jangan harapkan keistimewaan orang melayu yang diberikan kerajaan ,harapkan diri sendiri,percaya kepada kekuatan dan kebolehan diri sendiri dan berusaha sedaya upaya.Sekian.
p/s : entri ini ditulis untuk membuang sedikit masa sementara menunggu rancangan The Amazing Race Asia bermula.

wow lama tak update..eheheheh
BalasPadamhahahha..suntikan botox ek?? gila tade kena mengena..btw ko start class january kan beb?
BalasPadam