Tentang 4 Perkara Yang Diberikan Penjenamaan Semula

Memang betul,di zaman sekarang, kita, secara sedar ataupun tidak,sedikit sebanyak telah memberikan penjenamaan semula kepada perkara-perkara yang sudah dinyatakan sebagai berdosa .Sudah menjadi kelaziman bahawa perbuatan jahat akan dinamakan dan diberi gelaran yang akan menggambarkan kejahatannya.Tapi sekarang,kita telah melembutkan nama-nama tersebut supaya sedap didengar dan sedap juga dibuat.Untuk mengurangkan rasa bersalah mungkin.Sebenarnya bukan 4 sahaja, tapi abg rasa 4 perkara ini la yang memang paling banyak berlaku.Iaitu :

1. Perbuatan Zina yang digantikan dengan pelbagai nama yang sedap di dengar
Memang benar,melakukan zina sekarang memang amat popular.Memang jadi kayu pengukur.Kalau cakap zina memang jarang orang akan mengaku buat.Tapi kalau cakap "main" mesti ramai orang bangga dan mengaku dah buat.Memang rasa bersalah sikit kalau cakap macam ni :

"selamat aku sempat berzina dengan dia sebelum kitorang clash,kalau tak rugi jerrr..."

tapi kalau cakap macam ni..

"selamat sempat "main" kalau tak rugi siotttt.." atau apa-apa ayat lain yang cool-lah macam
"virginity is not about dignity,its the lack of oppurtunity..."

2. Arak kepada wine,liquor,beer,brandy,rum(bukan ruums) dan sebagainya
Ini memang penting ditempat menjual beli arak. Memang di sesetengah tempat atau event, kalau tak minum atau tak sekurang kurangnya pegang botol arak memang tak nampak cool dan hebat lebih-lebih lagi untuk sesi bergambar.Memang arak boleh menjadi pengukur tahap intelektual pada sesetengah orang di sesetengah tempat.Tapi jangan cakap macam ni

"Semalam aku minum arak sampai mabuk gila!!"

lain kali cakap macam ni..

"Semalam I overdose betul tau"

Ntah abg pun tak tahu bahasa-bahasa orang minum arak nih.Mungkin sekarang kalau cakap arak pun dah tak kisah kot.

3. Perbuatan Judi kepada Nombor ekor, Kuda, Tikam,Betting dan sebagainya
Sekarang memang zaman kemelesetan ekonomi.Duit susah nak dapat tapi senang pulak nak habis.Memang menjadi sifat semua manusia tak kisah la orang alim ke tidak untuk nak senang dalam semua benda termasuklah dalam mencari duit.Tapi kalau cakap judi memang semua orang akan tegah dan bantah.Semua orang tak akan makan duit judi.Haram kot.Tapi kalau cakap duit betting bola memang tak nampak haram sangat.

"Weh..malam ni Liverpool lawan M.U... jom arr berjudi.."

kalau cakap macam ni memang orang tak marah..

"Weh..malam ni Liverpool lawan M.U...tanak bet? "

4. Riba kepada Interest,Bunga dan Faedah (dan pelbagai term banking)
Yang ni memang susah nak dielakkan (walaupun bukan tak boleh nak elak).Kalau pinjam dengan ah-long memang senang nak cakap ada riba sebab memang dia dah cakap siap-siap dan warning awal-awal sebelum pinjam (berdasarkan kisah benar). Tapi kalau simpan duit dalam bank? pinjam dengan bank? dan buat pelaburan di bank? Adakah kita yakin tidak akan terlibat dengan riba.Di bank konvensional yang tidak mengamalkan perbankan islam memang kadar bunga atau interest dah dicakap awal-awal.Kat brochure pun dia dah tulis.Tak payah nak cakap pasal akad pinjaman kalau dah kita tahu bahawa kadar faedah memang akan dikenakan.Memang terang-terangan perbuatan riba akan dilakukan.Tapi dengan ayat yang lebih terselindung-lah,yang pastinya bukan begini

"Pinjam dengan Bank-X lah, riba dia sikit aje kalau kau beli kereta proton bro.."

Tapi sekarang memang susah nak mengelak dari sistem yang mengamalkan riba ni, pinjaman di bank memang sah berbunga-bunga.Pinjaman pelajaran pun ada yang kata haram sebab ada kenakan caj pinjaman (baca : PTPTN).Pelaburan yang dikata Islam pun ulama banyak yang bercanggah pendapat.Duit gaji kita yang disimpan di bank konvensional yang tidak mengamalkan sistem perbankan Islam pun susah nak cakap 100% halal sebab semuanya bergantung kepada pelaburan bank tersebut.Memang sistem perbankan telah dieksploitasi untuk menjana lebih banyak keuntungan kepada si pemberi hutang.Tapi harus di-ingat walaupun kita berada di pihak yang menanggung kerugian hasil pinjaman berasaskan riba,tapi dosa sebab melakukan riba dibahagi sama rata tak kira penghutang atau pemiutang selagi berlakunya riba.
Ramai orang dan abg sendiri akan buat tak tahu dan akan tanya "abis,nak buat macam mana?" bila dalam keadaan macam ni.Memang betul "nak buat macam mana?" kalau dah banyak sangat perjanjian dan syarat-syarat yang terselindung dalam proses pinjaman yang memang kita tak akan baca pun.Dapat duit cukup.Lepas tu bayar bulan-bulan walaupun memang dah tahu kewujudan riba dekat situ.Tapi memang betul "nak buat macam mana ?"

Memang sekarang zaman orang cari duit.Memang betul dan memang patut kena cari duit pun.Tapi jangan sampai duit yang terang-terang haram kita buat halal juga.Yang terang-terang haram dan kita yakin haram elakkanlah tapi kalau yang tak ter-elak tu "NAK BUAT MACAM MANA?"

Ulasan

  1. no.1 tu mcm sial dowh! hahaha
    ko pernah ber"zina" tangan x bro?
    huhuhu

    BalasPadam
  2. "Weh..malam ni Liverpool lawan M.U...tanak bet? "

    nxt week. ada bran? bak mai tgk ,ngeh2

    BalasPadam
  3. huiyooo..sempena bulan puasa ke ape ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular